Monday, March 30, 2009

eRRA fAziRa sElAmAt bErSaLIn




Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira selamat melahirkan bayi perempuan bernama Engku Aleesya Engku Emran di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada jam 11.40 pagi tadi.

Bayi yang seberat 4.04 kilogram dilahirkan secara normal tanpa berhadapan dengan masalah. Difahamkan baik Erra mahu pun Aleesya, kedua-dua anak-beranak berada dalam keadaan yang sihat.

Erra sebelum ini dimasukkan ke wad di hospital berkenaan pada 25 Mac 2009 iaitu tarikh jangkaan awal persalinannya.

Kehadiran Engku Aleesya pastinya dinanti-nantikan MIG Productions kerana belum pun anak kepada pasangan Erra dan Emran dilahirkan, produsernya, David Teo awal-awal lagi sudah pun menyimpan hasrat untuk menyuntingnya berlakon sebagai anak kepada Erra sendiri dalam musim kedua siri Menantu vs Mertua.

Walaupun masih belum memberi persetujuan untuk menerima lamaran tersebut, Erra yang mewakili suaminya, Emran pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia perlu membincangkan hal itu terlebih dulu dengan suaminya.

Apapun kelahiran anak sulung Erra ini pastinya akan menggembirakan hati semua peminatnya yang selama ini telah menyokong kerjaya seninya. Adakah Engku Aleesya akan mewarisi kecantikan ibunya nanti? Kita tunggu dan lihat nati.....

No comments:

Post a Comment